Friday, January 29, 2010

Kuiz BSMM Semester ke-2 Sesi Akademik 2008/2009


Sepanjang semester 1 sesi akademik 2008/2009, duti slot telah diadakan untuk setiap ahli BSMM Detachment 88E. Duti slot yang diadakan setiap minggu bertujuan untuk memberi pengetahuan pertolongan cemas yang asas kepada setiap ahli BSMM agar pengetahuan tersebut dapat membantu mereka mahupun orang lain ketika kecemasan. Pengetahuan secara teori mahupun secara praktikal telahpun diajar kepada ahli-ahli BSMM sepanjang semester pertama.

Sebagai mengukuhkan dan memastikan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut berkesan kepada setiap ahli BSMM, penilaian perlulah dilakukan. Oleh itu, Kuiz BSMM telah dijalankan dan pengetahuan pertolongan cemas telah diuji secara teori.

Kehadiran setiap ahli BSMM yang penuh dengan keyakinan dan bersiap-sedia begitu memuaskan. Kuiz berjalan selama 1 jam dan di akhir kuiz tersebut, respons yang diberi oleh ahli-ahli BSMM membuktikan keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran semasa duti slot di sepanjang semester pertama sesi akademik 2008/2009.

Ribuan terima kasih diajukan kepada setaip ahli BSMM yang hadir ke kuiz tersebut dan juga kepada setiap ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menjayakan Kuiz BSMM Semester ke-2 Detachment 88E.

No comments:

Post a Comment