“Breaking the Stranger-Built Wall, Building a Family Tie”
8 perkataan yang mudah difahami dan jelas menyatakan objektif Kem Mesra K.I.Y yang dirancang khas untuk ahli-ahli BSMM Detachment 88E. Walaupun pelbagai aktiviti telah dirancang untuk menghapuskan jurang perbezaan antara ahli dan membina hubungan kekeluargaan antara ahli-ahli BSMM Detachment 88E selaras dengan slogan BSMM sesi akademik 2009/2010 ini iaitu “Your Family is Our Family”.
Kem Mesra K.I.Y ini juga bertujuan untuk memupuk sifat bekerjasama yang kukuh dan kuat di antara ahli-ahli BSMM. Oleh itu, aktiviti dan permainan yang dirancang juga memerlukan usahasama antara ahli-ahli sepasukan yang dibina sebelum bermulanya kem ini.

Gelak tawa dan sorakan untuk ahli kumpulan masing-masing dalam usaha untuk menang setiap aktiviti memenuhi ruang kalangkasa Kolej Ibrahim Yaakub. Telatah lucu setiap ahli-ahli kumpulan juga amat mencuit hati. Senyuman riang yang terukir di bibir setiap ahli-ahli kumpulan adalah hasil yang paling berharga di sepanjang kem ini.
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang juga menguji kemahiran ahli-ahli BSMM tentang ilmu pertolongan cemas dari pelbagai pihak serta kemahiran mereka dalam pertolongan cemas termasuklah balutan dan CPR. Walaupun aktiviti-aktiviti yang dirancang mewujudkan daya saing antara kumpulan, tetapi suasana yang harmoni dan riang menjadikan aktiviti tersebut lebih bermakna.

Di penghujung Kem Mesra K.I.Y ini, sesi sing-along telah diselitkan dalam program dengan tujuan untuk merapatkan lagi ahli-ahli BSMM yang hadir. Lagu yang telah dipilih adalah “Hero” oleh Mariah Carey, Gemuruh oleh Faizal Tahir dan “Shining Friends” oleh 2R.
See my smile my friend
We are with you holding hands
You have got to believe
You are my destiny
We meant to be your friends
That's what a friendship be
Lirik yang begitu bermakna untuk persahabatan dan juga berharap lirik lagu ini dapat menyentuh hati setiap hadirin supaya menghargai persahabatan yang terjalin.

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive
So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you
Lirik lagu ini dirasakan sesuai menggambarkan tugas seorang ahli BSMM yang senantiasa bersedia untuk membantu sesiapa yang memerlukan tanpa mengira kaum, tempat dan agama.
Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Sesungguhnya, Kem Mesra K.I.Y ini diharapkan dapat memberikan kesan jangka masa yang panjang di kalangan ahli-ahli BSMM Detachment 88E.


No comments:
Post a Comment