Apakah yang harus anda lakukan sekiranya kebakaran berlaku di dalam kolej kediaman anda?
Di manakah harus saya keluar dan berkumpul semasa berlakunya kebakaran?
Ini adalah antara pertanyaan yang mungkin bermain di dalam minda seseorang warga kolej. Oleh itu, BSMM Detachment 88E telah bekerjasama dengan JAKSA Kolej Ibrahim Yaakub bersama pihak pengurusan dan pentadbiran untuk merancang sebuah demonstrasi kebakaran dan menunjukkan segala langkah-langkah keselamatan untuk warga kolej.
Persediaan membawa kepada kesempurnaan
Begitulah tema untuk Latihan Kawad dan Demontrasi Kebakaran. Selepas memastikan rancangan telah mendapat kelulusan dan kerjasama penuh semua orang, demonstrasi ini dijalankan pada tanggal 4 September 2009 pada jam 3 pagi di Kolej Ibrahim Yaakub.

BSMM Detachment 88E telah diberi tugas untuk menempatkan ahli-ahli BSMM di tangga-tangga kecemasan untuk membantu memberikan rawatan kepada warga kolej semasa mereka bergegas untuk berkumpul.

Setiap ahli BSMM telah terlebih dahulu ditegaskan untuk senantiasa peka kepada setiap agar dapat mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.
Pihak bomba telah memberikan demonstrasi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam bangunan yang terbakar. Seterusnya pihak BSMM Detachment 88E juga diberi ruang untuk memberikan demonstrasi menyelamat CPR terhadap mangsa yang telah dikurungkan di dalam bangunan yang terbakar.

Warga Kolej Ibrahim Yaakub juga bertuah diberikan demonstrasi mengunakan alat pemadam api dengan langkah yang betul dan cara memadamkan api dengan cara yang berkesan dan selamat. Pihak bomba juga telah memberikan peluang kepada beberapa warga kolej untuk mencuba sendiri cara memegang alat pemadam api, cara yang betul untuk memadamkan api.

Selepas menyampaikan cenderamata kepada pihak bomba yang sudi meluangkan masa untuk memberikan demonstrasi walaupun pada awal pagi, semua dijemput untuk menjamu selera bersama sempena bulan membuka puasa.

Latihan Kawad dan Demonstrasi Kebakaran ini telah berjaya memaklumkan kepada warga kolej akan langkah-langkah keselamatan sekiranya berlaku kebakaran. Kami juga yakin warga kolej akan dapat bertindak dengan tenang dan cekap dalam usaha menyelamatkan diri mahupun menyelamatkan orang lain sekiranya ada sebarang kebakaran di dalam kolej kediaman.

No comments:
Post a Comment