Friday, January 29, 2010

28 Februari & 1 Mac 2009: Gotong royong

Rumahku Syurgaku.

Bilik rawatan BSMM bukan sahaja merupakan sebuah bilik yang menempatkan sesiapa yang memerlukan rawatan, tetapi merupakan sebuah bilik yang memberikan sebuah suasana yang selesa untuk pesakit rehat di bawah jagaan serta sebuah bilik yang senantiasa bersedia memberikan suasana yang sesuai untuk sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan dengan segera.



Ahli jawatankuasa sesi 2009/2010 telah mendapat kata sepakat untuk membuat perubahan di dalam bilik rawatan BSMM Detachment 88E dengan tujuan sepakat untuk memberikan sebuah imej baru kepada bilik rawatan BSMM Detachment 88E dan juga kepada sesiapa yang akan menerima rawatan di bilik rawatan kita.




Cat lama pada dinding bilik rawatan memerlukan lapisan cat yang baru. Warna yang telah pudar memerlukan warna yang lebih ceria dan selesa. Susunan bilik rawatan perlu diubah untuk memberikan rasa yang baru kepada setiap yang menjejakkan kaki ke dalam bilik rawatan.

Kolej Ibrahim Yaakub merupakan sebuah kolej yang begitu bertuah kerana selain mempunyai sebuah bilik rawatan, BSMM Detachment 88E juga telah diberikan sebuah taman yang dinamakan Taman PBSM yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Jemah, Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub pada 13 Februari 1998. Sebuah rumah yang cantik juga memerlukan sebuah taman yang indah. Oleh itu, dalam gotong-royong ini, Taman PBSM Kolej Ibrahim Yaakub juga akan mendapat wajah yang baru.


Ahli jawatankuasa BSMM Detachment 88E telah meluangkan masa minggu mereka untuk bersama-sama menceriakan halaman bilik rawatan BSMM. Seawal pukul 8 pagi, ahli-ahli jawatankuasa telah berkumpul untuk memindahkan semua perabot dan mengosongkan bilik rawatan untuk memudahkan kerja-kerja mengemas dan mengecat.


Checklist pada hari tersebut:




ü Kemaskini fail




ü Mengemaskinikan almari simpanan ubat



ü Mengemaskinikan bilik stor




ü Mengecat semula bilik rawatan




ü Mengecat semula tanda perasmian Taman PBSM




ü Mengecat semula meja dan bangku buatan simen di dalam Taman PBSM




ü Mengecat semula tanda simen ‘PBSM’





CHECK!

Bilik rawatan yang telah diadakan selama 2 hari sesungguhnya memenatkan malahan untuk menyusun semula kedudukan perabot di dalam bilik rawatan memerlukan perbincangan dan perubahan berulang-kali sehingga setiap ahli setuju dengan aturan yang baru. Namun, di sebalik kepenatan yang dirasai, penampilan baru bilik rawatan dan Taman PBSM untuk Detachment 88E begitu memuaskan.

Aktiviti gotong-royong pada kali ini bukan sahaja melibatkan ahli jawatankuasa sesi baru, malah kita telah mendapat bantuan sukarela daripada senior yang sudi meluangkan masa bersama-sama menceriakan bilik rawatan serta Taman PBSM Detachment 88E.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Peribahasa ini seringkali diperkatakan dan di sini, BSMM Detachment 88E membuktikan makna di sebalik peribahasa tersebut.


No comments:

Post a Comment