Friday, January 29, 2010

14 Mac 2009 : Malam Mengenang Budi BSMM Detachment 88E

Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik terkenang juga.

Pepatah Melayu bisa menyatakan betapa pentingnya mengenang budi yang dicurahkan ke atas kita tanpa mengira siapa mahupun di mana. Oleh itu, Malam Mengenang Budi telah menjadi satu program tradisi sejak pertubuhan BSMM Detachment 88E dengan tujuan utama untuk membalas budi barisan senior yang telah mencurah bakti dan jasa ke atas barisan junior yang bakal menyahut cabaran dan amanat untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam UKM.

Malam Mengenang Budi Sesi Akademik 2008/2009 telah dirancang dengan penuh teliti agar ia dapat meninggalkan satu kenangan yang manis dan indah di kalbu setiap yang hadir.



Tema untuk Malam Mengenang Budi adalah “Inspirasi 3 Dimensi”. Makna di sebalik tema menggambarkan bahawa kegemilangan BSMM Detachment 88E adalah hasil jasa dan bakti yang ditabur secara turun-temurun sejak pertubuhannya lagi. Tiga dimensi melukiskan jasa yang ditabur oleh barisan senior ke ahli jawatankuasa kini dan bakti itu akan terus ditaburkan ke ahli jawatankuasa yang akan dilantik kelak.


Majlis dimeriahkan dengan kesudian hadirnya pengetua kolej kita, Dr. Ruslin Bin Amir untuk merasmikan majlis pembukaan Malam Mengenang Budi BSMM Detachment 88E serta semua diff-diff jemputan yang sudi meluangkan masa untuk menjalin hubungan silaturahim bersama ahli-ahli BSMM Detachment 88E. Gimik perasmian pada malam tersebut melambangkan kepentingan setiap yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam bersama-sama ke arah memastikan kegemilangan BSMM Detachment 88E.



Selain menyuarakan rasa bersyukur akan jasa dan bakti yang ditaburkan oleh barisan senior, salah satu acara kemuncak Malam Mengenang Budi adalah untuk menyerahkan fail-fail pentadbiran secara rasminya kepada ahli jawatankuasa yang dilantik bagi sesi 2009/2010 bagi peringkat kolej.



Menu jamuan ringan pada malam tersebut begitu istimewa kerana ia merupakan hasil titk peluh setiap ahli jawatankuasa pelaksana. Peluang ini menjadi jambatan yang mengurangkan lagi jurang antara ahli serta menguatkan lagi semangat kerjasama sesama ahli. Menu yang istimewa pada malam tersebut adalah:

Spaghetti, bihun goring, nasi goring, hash brown, egg sandwich, popiah goring serta minuman sirap.








Malam Mengenang Budi diteruskan dengan acara sukaneka yang dimulakan dengan ice-breaking dan juga untuk mewujudkan satu peluang untuk ahli-ahli BSMM Detachment 88E untuk beramah-mesra sesama sendiri serta bersama barisan senior serta diff-diff jemputan yang hadir pada malam itu.




Malam Mengenang Budi menandakan berakhirnya sesi akademik 2008/2009 tetapi mencatatkan bermulanya cabaran dan perjuangan sesi akademik yang baru.




Di sebalik tabir, semua ahli jawatankuasa yang berusaha untuk menjayakan Malam Mengenang Budi:

1) Pengacara majlis

2) Barisan senior yang bersama-sama menyediakan jamuan pada malam tersebut

3) Hadirin yang sudi meluangkan masa

4) Setiap ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan majlis



No comments:

Post a Comment