Friday, January 29, 2010

9 Julai 2009: Kursus Pertolongan Cemas Bersama Masyarakat

“Everyone can be a first aider”

Begitulah tema untuk Kursus Pertolongan Cemas Bersama Masyarakat BSMM Detachment 88E. Sebagai kursus pertama yang akan dijalankan dalam semester pertama sesi akademik yang baru, BSMM Detachment 88E berharap dapat memperkenalkan BSMM kepada warga Kolej Ibrahim Yaakub yang baru dan diharapkan dapat memberikan serba sedikit pengenalan kepada BSMM Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia.

BSMM Detachment 88E begitu bersyukur kerana dapat menjemput En. Zanuddin, Cik Amy Poh serta En.Shah Johan sebagai penceramah utama kursus ini. Sesungguhnya, kami begitu gembira mendapat persetujuan mereka kerana kehadiran mereka menyemarakkan lagi semangat kami untuk memastikan kelancaran Kursus Pertolongan Cemas Bersama Masyarakat ini.




Penceramah pertama kami pada malam tersebut adalah En. Zanuddin yang merupakan Setiausaha Kehormat BSMM Cabang UKM dan beliau merupakan Ahli Seumur Hidup BSMM. Beliau merupakan penceramah yang begitu sesuai untuk memperkenalkan BSMM Cabang UKM kepada warga Kolej Ibrahim Yaakub.




Penceramah kedua pada malam tersebut adalah Cik Amy Poh Ai Ling yang amat kita sayangi. Beliau merupakan pengerusi UUKA bagi BSMM Cabang UKM dan merupakan felo penasihat BSMM Detachment 88E yang begitu dedikasi. Beliau adalah penceramah yang memberikan pendedahan kepada warga kolej yang baru dalam prosedur mendapatkan rawatan daripada pusat kesihatan UKM.




Penceramah ketiga kita pada malam tersebut adalah En. Shah Johan yang merupakan seorang pengawai keselamatan yang amat dihormati. Beliau telah dijemput untuk memaklumkan kepada setiap warga kolej akan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa di dalam mahupun di luar universiti.

Kehadiran ahli-ahli BSMM pada malam tersebut amat memuaskan. Walaupun ada yang terpaksa duduk jauh di belakang, namun mereka tetap sabar mendengar sehingga majlis berakhir.



Walaupun masa ceramah hanyalah beberapa jam sahaja, namun setiap penceramah yang hadir berharap pengetahuan dan nasihat dapat disampaikan kepada setiap warga kolej sama ada untuk jangka masa yang pendek mahupun panjang. Seiring dengan tema untuk kursus ini, ahli jawatankuasa juga berharap agar setiap warga kolej boleh menimba sedikit sebanyak ilmu pertolongan cemas dan langkah keselamatan yang asas agar dapat membantu diri serta orang lain ketika kecemasan.



No comments:

Post a Comment