Friday, January 29, 2010

3-7 Ogos 2009: Minggu Menderma Darah (MMD)


Seorang manusia mempunyai 5-6 liter darah di dalam tubuh yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan harian. Namun itu adalah fakta umum. Di setiap negara, terdapat sejumlah besar rakyat yang memerlukan pemindahan darah untuk menyokong kehidupan harian. Pesakit yang kehilangan darah yang banyak kerana terlibat dalam sebuah kemalangan juga memerlukan bekalan darah untuk terus hidup. Oleh itu, setiap titis darah adalah amat penting sama ada untuk diri mahupun untuk orang lain.


“Help Who Need Blood, Maybe Your Blood Can Save One Life”

BSMM Detachment 88E percaya bahawa setiap titis darah yang dapat dikumpulkan akan dapat menyelamatkan satu nyawa. Dengan itu, BSMM Detachment 88E menjalankan sebuah kempen menderma darah yang berlangsung selama 5 hari di dataran 3F 201 di dalam Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

BSMM Detachment 88E begitu bertuah dapat bekerjasama dengan Pusat Darah Negara (PDN) dalam menjalankan kempen menderma darah ini. PDN hadir dengan kelengkapan yang penuh dan kakitangan serta doktor yang berpengalaman dalam mengendalikan kempen menderma darah ini.




Ahli jawatankuasa pelaksana bekerjasama dalam menjayakan kempen ini. Mereka hadir membantu sebelum kelas, masa lapang diantara kelas dan selepas kelas setiap hari. Masing-masing ingin menghulurkan bantuan sepenuhnya dalam memaklumkan kepada setiap mahasiswa/I akan adanya kempen menderma darah ini. Sumbangan setiap ahli jawatankuasa pelaksana begitu dihargai.










Jawatankuasa pelaksana Minggu Menderma Darah BSMM Detachment 88E juga begitu bersyukur mendapat bantuan daripada ahli-ahli BSMM yang sudi menyumbang kepada kejayaan kempen menderma darah ini.




Minggu Menderma Darah yang berlangsung sepanjang minggu berjaya mendapat sebanyak 497 paket darah untuk simpanan Pusat Darah Negara (PDN). Melalui kempen ini, BSMM Detachment 88E yakin bahawa mahasiswa/I UKM sedar akan pentingnya sumbangan darah mereka kepada PDN. Jumlah bekalan darah yang dikumpulkan tersebut tidaklah banyak, tetapi pihak BSMM Detachment 88E berharap ia dapat menyumbang kepada simpanan bekalan darah dan dapat menyumbang kepada usaha untuk menyelamatkan mereka yang memerlukan darah untuk meneruskan hidup mereka.



No comments:

Post a Comment