Pertelingkahan mahupun persengketaan yang melibatkan senjata bukan sahaja membawa kesengsaraan kepada kehidupan rakyat jelata, malahan meragut nyawa ribuan rakyat yang tidak terlibat dalam persengketaan. Rakyat yang tidak berdosa. Nyawa yang melayang tanpa sebab mencetuskan krisis hak kemanusiaan yang sepatutnya menjadi pelindung kepada rakyat.

Ceramah UUKA ini dianjurkan supaya ahli-ahli BSMM dapat mempelajari sejarah di sebalik penubuhan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa ini. Penceramah telah dijemput khas untuk menceritakan fasal-fasal yang terkandung bersama protokol-protokol tambahan. Sesungguhnya, UUKA adalah set peraturan yang mengehadkan kesan daripada persengketaan/konflik bersenjata atas dasar kemanusiaan
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa ini mengandungi Konvensyen Geneva 1 hingga 4 dan 3 Protokol-protokol Tambahan serta perjanjian-perjanjian yang lain. Konvesyen Geneva merupakan hasil daripada terbitan buku yang bertajuk “Kenangan Di Solferino” oleh Sir Jean Henry Dunant selepas beliau menyaksikan sendiri kesengsaraan dan penderitaan semasa Perang Dunia ke-2 yang mencatatkan sejumlah 400,000 kematian tentera.
Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa juga mengandungi IFRC (International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies) yang merupakan sebuah gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan serta ICRC ( International Committee of Red Cross) berperanan untuk melindungi nyawa dan martabat mangsa konflik bersenjata dan pesengketaan dalaman dan menyediakan bantuan, serta bertindak sebagai promoter dan penjaga Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA).

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa tidak sahaja terhad kepada kandungan yang dinyatakan diatas, malah mempunyai skop perlindungan hak-hak kemanusiaan yang lebih luas lagi. Sesungguhnya, UUKA ini adalah sebuah skop pembelajaran yang amat menarik.

Ceramah UUKA yang berlangsung selama 3 jam berakhir dengan Ujian Penilaian Teori yang menguji kebolehan ahli BSMM untuk memahami kepentingan UUKA dan juga fakta-fakta penting yang telah dinyatakan di dalam ceramah.




Ceramah UUKA ini juga telah mengadakan suatu Kuiz UUKA Piala Cik Amy Poh Ai Ling. Ini secara tidak langsung telah menguji kerjasama antara ahli-ahli BSMM serta kebolehan mereka menguji mentafsir soalan dan menjawab dengan tepat. Piala Cik Amy Poh Ai Ling akhirnya dirangkul oleh Detachment Z yang dapat membuktikan ketangkasan dan ketepatan dalam pemahaman terhadap Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa.


Secara keseluruhannya, ceramah UUKA ini telah menyampaikan fakta-fakta penting yang berkaitan dengan berkesan dan menarik sekali. BSMM Detachment 88E amat bersyukur kerana dapat menghadiri ceramah UUKA dan mengambil ujian teori tersebut.


No comments:
Post a Comment