“Lend a difference, build a hope”
Setelah berbulan-bulan lamanya persediaan ke arah menjayakan sebuah majlis makan malam yang bermakna dan dinikmati oleh semua tetamu yang hadir. Dari perancangan tempat, masa dan tarikh yang sesuai malahan jemputan tetamu dan perasmi ke majlis makan mala mini telah dirancang dengan teliti. Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan bukan sahaja oleh AJK Pelaksana yang telah bertungkus-lumus, malahan setiap detachment yang telah menyertai Pertandingan Pertolongan Cemas ke-13 (PPC-13) kerana keputusan yang dinanti-nantikan akan diumumkan malam ini.
Detachment 88E Kolej Ibrahim Yaakub pada kali ini telah memilih warna putih sebagai warna tema Detachment. Seramai hampir 50 orang ahli BSMM Detachment 88E hadir untuk memberi galakan sepanjang pengumuman keputusan PPC-13 nanti. Semua berpakaian putih untuk menunjukkan semangat kesatuan Detachment 88E.
Majlis Malam Penghargaan dan Jasamu Dikenang bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pengarah, Dr Roslan selaku Pengerusi BSMM Cabang UKM dan perasmi jemputan kami, Pn. Fatimah, Pengerusi BSMM Cawangan Selangor.
Persembahan pada malam tersebut dimulakan dengan persembahan tarian cina hasil gabungan Detachment 88C dan 88E. Kemudian, diikuti dengan pertunjukan fesyen ‘First Aid’ dan persembahan ‘che ling’; sejenis permainan cina yang merupai yoyo tetapi dengan rupa bentuk yang berbeza, saiz yang lebih besar. Sesungguhnya, kemahiran yang ditunjukkan begitu menarik dan mengagumkan.
Persembahan yang menarik kemudian digantikan dengan penganugerahan pingat kepada ahli-ahli BSMM yang telah menabur bakti kepada BSMM Cabang UKM. Antara penganugerahan yang diberikan adalah Sukarelawan Terbaik, Komandan Terbaik, Sukarelawan Harapan dan banyak lagi.
Majlis diteruskan lagi dengan pengumuman keputusan Pertandingan Bilik Rawatan Terbaik dan Detachment 88E telah berjaya memenangi tempat ke-3. Ini adalah hasil Quarter master dan semua yang bersama-sama menjaga kebersihan dan kekemasan bilik rawatan. Sesungguhnya, segala modal yang dikeluarkan untuk mengubahsuai dan mengubah perabot dalam bilik rawatan membuahkan hasil yang baik.
Semangat ahli untuk bersama-sama memadankan diri dengan warna tema detachment kali ini membolehkan kami menperolehi hadiah Pakaian Detachment Terbaik. Kedua-dua hadiah ini sememangnya satu permulaan yang baik untuk Detachment 88E Kolej Ibrahim Yaakub.
Detachment 88E K.I.Y juga telah mendapat anugerah Detachment Terbaik dan Saudari Chan Wai Leng juga telah dianugerahkan Komandan Terbaik.
Keputusan PPC-13 juga diumumkan kemudian dengan keputusan untuk setiap kategori yang telah dipertandingkan:
Kawad kaki : Detachment 88Z, K.T.H.O
Balutan : Detachment 88E , K.I.Y
Team Test : Detachment 88Z, K.T.H.O
Community test : Detachment 88L, K.P.Z
Teori : Detachment 88A, K.D.O
Walaupun Detachment 88E hanya memenangi salah satu daripada kategori, namun kami yakin kami telah membuat yang terbaik untuk PPC-13.
Penganugerahan terakhir pada malam tersebut adalah pengumuman Johan Keseluruhan PPC-13 dan kami mendengar:
DETACHMENT 88E !
Sesungguhnya, kami terkejut dengan keputusan tersebut. Bersyukur kami kepada Tuhan atas berkat dan anugerahNya. Pasukan PPC-13 K.I.Y akhirnya berjaya mencapai matlamat dan segala usaha kami telah mendapat pengiktirafan yang begitu besar.
Sesungguhnya, Majlis Malam Penghargaan dan Jasamu Dikenang berakhir dengan lancar dan semua pulang dengan cenderamata dan kenangan yang bermakna.
Pasukan PPC-13 Detachment 88E K.I.Y sesungguhnya amat bersyukur dan berterima kasih atas kejohanan yang diperolehi. Kemenangan yang dirangkul adalah milik semua senior yang telah mengorbankan masa dan tenaga untuk melatih dan memberi sokongan kepada Pasukan PPC-13. Tidak dilupakan juga, Felo Penasihat kami, Cik Amy Poh Ai Ling yang telah menabur jasa dan sentiasa memberi galakan. Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, Dr. Ruslin bin Amir juga tidak pernah lupa untuk singgah memberi sepatah dua kata suntikan semangat dan sokongan dari semua segi membolehkan pasukan PPC-13 kali dapat melakukan latihan dan menghadapi PPC dengan lancar.
“Coming together is a beginning. Keeping together is progress. Working together is success.”
T.E.A.M.W.O.R.K
is a series of words that comes together to form ONE meaningful term.
=BSMM DETACHMENT 88E, KOLEJ IBRAHIM YAAKUB=










