1) Duti slot sesi akademik 2009/2010
A first aider in every home
Salah satu tema yang didukung oleh ahli jawatankuasa BSMM Detachment 88E untuk sesi akademik 2009/2010. Dengan objektif yang jelas untuk sesi akademik ini, kami telah merancang dan memastikan rangka pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas asas di Bilik Rawatan K.I.Y adalah seiring dengan objektif kita. Duti slot telah diadakan dari Hari Isnin ke Khamis, dari jam 8.30 malam sehingga 10.00 malam. 2 orang Penolong Ketua Seksyen (PKS) akan menjadi pengajar untuk duti slot mengikut giliran. Setiap AJK pelaksana sentiasa mencari cara pengajaran yang lebih berkesan dan menarik untuk mengajar ilmu pertolongan cemas kepada ahli yang baru. Duti slot Det. 88E merangkumi sejarah BSMM, jenis luka, balutan, dan CPR.
2) Lawatan Ke Rumah Keluarga Kami
Rumah Keluarga Kami ditubuhkan pada Jun 1990 oleh komuniti St. Vincent de Paul di Kajang. Rumah Keluarga Kami merupakan sebuah rumah yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Rumah Keluarga Kami memberikan tempat berteduh kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Semenjak penubuhannya, seramai 100 orang kanak pernah mendiami rumah tersebut. Buat masa ini, terdapat sejumlah 37 orang kanak-kanak yang berumur dalam julat umur 4- 18 tahun.
Tujuan mulia Rumah Keluarga Kami adalah untuk memberikan kanak-kanak di bawah jagaan dengan kasih sayang yang tidak berbelah bagi, nutrisi yang mencukupi, pendidikan yang sepatutunya dan tempat berteduh yang selamat. Sesungguhnya, penjaga mereka bertungkus lumus membantu agar kanak-kanak tersebut dapat menjadi seorang yang berjaya dan berguna dalam masyarakat kelak.
Rumah Keluarga Kami dijaga oleh 9 ahli sukarelawan dan dibawah pengawasan penuh House Administrator dan tiga orang House Mother yang begitu mesra.
Semasa kami tiba, mereka telah mengalu-alukan kedatangan kami dengan mesra sekali. Setelah memperkenalkan diri, kami mulakan sesi beramah mesra dengan permainan yang telah kami rancang istimewa untuk mereka.
Selain permainan yang dimain bersama kami, kami juga telah mengajar sebuah tepuk yang istimewa dan menyeronokkan agar dapat memberikan semangat kepada kanak-kanak selain mengisi masa lapang.
Lawatan kali ini bukan sahaja membuka mata setiap yang terlibat malahan memberikan sebuah peluang yang istimewa untuk mengenali kanak-kanak yang sentiasa ceria dan bersemangat walaupun mereka jauh dari keluarga dan keluarga dalam keadaan yang kurang kemampuan untuk menanggung mereka. Kanak-kanak tersebut mengingatkan kami bahawa asalkan kami tidak berputus asa membaiki keadaan kini, kami senantiasa mempunyai harapan untuk menyerlah dan berjaya dalam hidup.
“I love my past. I love my present. I’m not ashamed of what I’ve had, and I’m not sad because I have it no longer”
“There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.”
“Live for today and not tomorrow
Live for the Now and whats here
Stop living for what maybe or what may never come
Live for the day already here”
3) 22-24 Februari 2010: Kursus Bantuan Hidup Asas
1 KNOWLEDGE
1 POWER
1 BSMM
1 UKM
Kursus Bantuan Hidup Asas yang julung kali diadakan di dalam UKM berjaya dilaksanakan oleh Detachment 88E, Kolej Ibrahim Yaakub. Kursus ini diadakan pada 22-24 Februari 2010 pada setiap malam 8.30 malam sehingga 10.30 malam.
Pada hari pertama, kami disajikan dengan kelas teori oleh Dr. Jowhar. Antara yang telah diajar dalam kelas tersebut adalah pengetahuan ilmu pertolongan cemas lanjutan akan topic tercekik, CPR lanjutan kepada bayi, kanak-kanak dan dewasa, automated external defibrillator (AED), dan strok. Peserta telah diberi pengetahuan tambahan ke atas kes-kes tersebut dan lebih memahami cara rawatan yang sepatutnya.
Pada hari kedua, peserta kursus diberikan kelas praktikal oleh Tuan Muniandy yang memberi peluang kami untuk menjalankan latihan praktikal CPR ke atas bayi, kanak-kanak dan dewasa. Sesungguhnya, CPR ke atas kanak-kanak adalah suatu latihan yang baru untuk kebanyakan daripada peserta.
Pada hari ketiga, peserta kursus diberi ujian teori dan praktikal. Untuk ujian ini, Detachment 88E begitu bersyukur dengan adanya En. Zanudin sebagai pemeriksa pada malam itu. Semua peserta diuji dengan soalan-soalan teori ilmu pengetahuan dan ujian praktikal CPR.
Kursus Bantuan Hidup Asas anjuran Detachment 88E berakhir dengan penghargaan kepada Dr. Jowhar, Tuan Muniandy dan En Zanudin yang menabur jasa dan memberikan bimbingan yang sepatutnya ke arah memastikan bilangan ahli pertolongan cemas yang akan membantu di kalangan masyarakat kelak mempunyai ilmu pertolongan cemas yang tepat dan kemahiran yang berpatutan.
Dengan itu, BSMM Detachment 88E mengakhiri sesi akademik 2009/2010 dengan kata penghargaan yang tidak terhingga kepada Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, Dr. Ruslin bin Amir yang sentiasa menyokong BSMM dan Felo Penasihat yang sering memberi tunjuk ajar. Jasamu akan dikenang selamanya.
=BSMM Detachment 88E Kolej Ibrahim Yaakub sesi akademik 2009/2010=

No comments:
Post a Comment