BAKAL JUARA
Begitulah lagu tema untuk PPC-13 BSMM Detachment 88E kali ini. Bukan kerana PPC-13 ingin bercakap besar tetapi ia menyuarakan keinginan kami untuk merangkul juara sekali. Latihan intensif selama 2 minggu ini adalah peluang keemasan yang akan dihargai setiap ahli PPC-13. Demi barisan senior yang tidak mengenal penat dan lelah untuk melatih kami dan juga kepada Felo Penasihat kami, Cik Amy Poh yang sentiasa mengambil berat dan Ayahanda Pengetua kami, Dr. Ruslin yang memberikan sepenuh sokongan dan dorongan dalam menjayakan latihan intensif dan One Day Camp ini.
Kita semua dilahirkan ‘tuk berjaya
Kita harus sedari siapa kita
Kita semua handal, kitalah juara.
Barisan senior cuba sedaya-upaya untuk melatih PPC-13 bukan kerana semata-mata ingin memberitahu mereka akan kelemahan masing-masing, tetapi untuk menyedarkan mereka akan kekuatan mereka masing-masing. Kekuatan yang ada dalam setiap ahli PPC-13 melengkapi satu sama lain dalam menempuh cabaran dalam Pertandingan Pertolongan Cemas nanti.
Latihan PPC banyak dugaannya
Kita harus tabah maju ke hadapan
Walau betapa penat, semangat ‘kan ada.
Sesungguhnya tentatif One Day Camp bermula seawal jam 5.00 pagi pada hari tersebut dan diikuti dengan siri aturcara yang bermula dengan kawat kaki diikuti dengan teori, balutan, seterusnya mock-case dan community-based case telah memaksa semua ahli PPC-13 untuk melatih stamina dan kekuatan mental dalam menghadapi tentatif pada pertandingan nanti.
Piala itu kitalah pemiliknya
Jangan biarkan sesiapa mendekatinya.
Walaupun komen dan feedback yang telah diperolehi tidaklah memuaskan malahan menimbulkan tekanan ke atas ahli PPC-13, namun di belakang setiap ahli PPC-13 adalah kecekalan dan keinginan untuk merangkul semula piala milik Detachment 88E.
Bangunlah semua, jangan mimpi lagi
Kita semua hebat, kitalah juara
Hargailah setiap peluang yang ada.
One Day Camp bukan sahaja menyedarkan kita akan masa yang tinggal malah meningkatkan lagi semangat yang ada dalam diri PPC-13. Barisan senior walaupun memberi komen akan kesilapan yang telah dilakukan, malahan kami juga diberi keyakinan dengan kemahiran dan teknik yang telah diperbaiki.
One Day Camp juga telah mengaturkan acara sukaneka yang bertujuan untk menguatkan lagi ikatan persahabatan antara ahli PPC-13 selain ingin mengeratkan lagi hubungan dengan barisan senior yang telah menyumbangkan jasa dan memberikan nasihat semasa latihan intensif.
Aturcara yang diaturkan bukan sahaja mengukuhkan lagi persahabatan antara ahli PPC-13 dan barisan senior, malahan untuk mengurangkan tekanan yang ada dalam usaha untuk memberikan yang terbaik.
Peduli siapa yang tak percaya
PPC-13 warisan juara
Tunggulah kita akan mendapatkannya.
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 orang, kita sehati sejiwa
Walau apa yang terjadi, barisan senior sebulat suara setuju dan percaya bahawa PPC-13 akan menempuh cabaran PPC-13 sehati sejiwa berbekalkan bukan sahaja dengan ilmu pertolongan cemas yang ada, malah dengan kemahiran yang telah diajar dan diturunkan.
Winning is not a determination;
But it is a goal.
Joy that steal tears are not tears of winning;
But it is tears of sharing and the process in reaching the goal together.

No comments:
Post a Comment