Sunday, March 14, 2010

7 Disember 2009-19 Disember 2009: Latihan Intensif PPC-13


Pernahkah anda terfikir, adakah anda mampu melatih seseorang untuk bertanding dalam masa 2 minggu?

Bolehkah seseorang itu boleh menguasai kemahiran dan pengetahuan yang perlu untuk bertanding?

Mampukah seseorang itu boleh menangani tekanan yang akan dikenakan sepanjang tempoh intensif itu?

Pasukan PPC-13 Detachment 88E Kolej Ibrahim Yaakub akan menjawab dengan kuat:

BOLEH!

Sesungguhnya, mereka balik ke kolej untuk latihan ini dengan rasa berat hati menamatkan cuti semester mereka yang baru bermula. Namun, keinginan mereka untuk meningkatkan kemahiran diri dalam masa yang paling singkat telah membawa mereka pulang dengan harapan.

Minggu latihan intensif yang bermula dengan senaman pagi dan jogging ke stadium UKM dan sarapan bersama di Kolej Dato’ Onn. Pasukan ini diuji dengan 5 kategori yang akan dipertandingkan: Ujian teori, kawad kaki, balutan, latihan mock case dan community case.

Sudah tentu tidak dapat dinafikan latihan ini telah menguji pasukan PPC-13 ini dari segi emosi, stamina, mental, dan fizikal.

14 hari tidaklah panjang dan tidaklah pendek. Namun 14 hari, 336 jam bersama dapat memupuk sebuah jalinan persahabatan yang kukuh. Setiap ahli dalam pasukan telah bersama mengharungi latihan berjam-jam lamanya demi mengasah lagi kemahiran pertolongan cemas masing-masing. Sekalipun tercedera semasa latihan, tiada yang putus asa. Malahan membakar lagi semangat mereka untuk menunjukkan kebolehan dan keupayaan mereka ke arah kejohanan PPC-13.

Kasih dan sayang yang dirasai sepanjang latihan itu tidak mungkin dapat dirasakan semula pada bila-bila masa yang lain dan tidak mungkin ada pada aktiviti kelab yang lain. 14 hari inilah yang mengukir kenangan yang berharga dan tiada pengganti lain.

Semasa air mata mula membanjiri kelopak mata, ketika itulah tangan dipegang dan hati dijaga.

Semasa kesilapan dilakukan, bahu ditepuk dan sokongan diberi. “Jangan bimbang. Kita akan lakukan denda itu bersama-sama.”

Semasa kelesuan, bahu dipinjam dan bersama-sama mengeluh. “Kita akan buat yang terbaik kali ni ya? Jika kita buat yang terbaik, kita bolehlah balik awal!”

Masih ingatkah kenangan yang pahit dan manis itu? Semoga kenangan dan persahatan yang dibina bersama tidak akan lupus selama-lamanya.

Pasukan Kolej Ibrahim Yaakub PPC-13 akan mengharungi cabaran pertandingan dengan semangat kental dan kemahiran yang kukuh!

PPC-13, here we come!!!

No comments:

Post a Comment