Program E-Idol ini telah diadakan pada 4 Oktober 2009 di Pusat Kemudahan Kolej Ibrahim Yaakub. Program ini bermula seawal 9 pagi dengan pendaftaran pada pukul 8.30 pagi. Pelbagai rancangan telah diaturkan dalam Program E-Idol ini. Selain tujuan utama untuk mencungkil bakat ahli BSMM Detachment 88E dalam ilmu pertolongan cemas serta permainan yang menguji kemahiran pertolongan cemas yang lain. Sudah tentu secara tidak langsung BSMM Detachment 88E berharap dapat mengeratkan hubunagn antara ahli. Sesungguhnya program sedemikian banyak dijalankan, namun BSMM Detachment 88E percaya ini dapat memberikan manfaat kepada ahli secara keseluruhan.
Kami telah mengadakan sebuah sesi ulangkaji teori-teori pertolongan cemas supaya ahli-ahli dapat mengimbas kembali nota-nota yang diajar dalam duti slot sepanjang semester.
Selain teori, kami juga telah memberikan demonstrasi cara balutan untuk kecederaan yang berbeza. Ahli-ahli kami begitu seronok mempelajari cara balutan yang mudah dan cepat tetapi mencapai objektif balutan.
Tibalah masa untuk ahli-ahli untuk mengulangkaji sebelum Ujian teori sebentar lagi. Begitu khusyuk sekali mereka mengulangkaji. Sesungguhnya, mereka ingin mendapat markah yang tinggi untuk merebut Piala Pusingan Dr. Ruslin.

Sesi Ujian Teori.
Sesi Ujian Praktikal-Balutan
Program E-Idol sesungguhnya dapat mencungkil bakat serta menguji kerjasama kumpulan yang telah dibina semasa permainan dan sukaneka. Senyuman yang diukir di riak muka setiap ahli adalah hasil terbaik BSMM Detachment 88E pada hari itu.
Harapan untuk jangka masa yang panjang adalah supaya ahli BSMM Detachment 88E terus gemilang, cemerlang dan terbilang!

No comments:
Post a Comment