Friday, January 29, 2010

16 Ogos 2009: Perbarisan Tahunan

Perbarisan Tahunan anjuran pihak induk BSMM Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia telah diadakan di Dataran KTAM seawal pukul 8 pagi. Setiap Detachment termasuklah pihak induk sendiri telah menghantar sepasukan ahli untuk perbarisan dan diperiksa oleh Pengerusi BSMM Cawangan Selangor.


















Selepas setiap barisan diperiksa, masing-masing kemudiannya dijemput masuk ke dalam dewan untuk majlis pentauliahan serta ceramah daripada penceramah yang dijemput khas. Penceramah yang dijemput khas merupakan seorang ahli sukarelawan yang paling sesuai untuk menceritakan tugas-tugas seorang ahli sukarelawan serta pengalaman beliau dalam menjalankan tugas-tugas menyelamat semasa bencana berlaku di negara lain.










Penceramah kita pada hari itu telah berjaya menyentuh hati setiap individu yang hadir. Malapetaka yang melanda negara lain memberikan pengajaran kepada semua betapa bertuahnya kita dapat hidup di dalam Malaysia dengan aman dan sejahtera, jauh daripada malapetaka yang mengancam nyawa.







Majlis Pertauliahan dan Perbarisan Tahunan anjuran pihak induk berakhir dengan pengajaran yang begitu mendalam untuk setiap individu yang hadir. Sesungguhnya, kami begitu bersyukur dapat membantu apabila adanya sesiapa yang memerlukan tanpa mengira kaum, tempat dan agama.





No comments:

Post a Comment