Di dalam sesebuah kolej, pelbagai kelab telah ditubuhkan dengan tujuan mewujudkan sebuah peluang untuk setiap warga kolej untuk memyimbangi masa belajar di dalam university dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang lain. Setiap kelab yang ditubuhkan bukan sahaja memberikan peluang untuk menyerlahkan sifat kepimpinan malahan kemahiran lain yang terpendam dalam diri setiap mahasiswa/i.
Penubuhan BSMM Detachment 88E bukan sahaja sebuah kelab yang mengutamakan visi dan misi untuk membantu setiap yang memerlukan malahan juga sebuah kelab yang mempunyai organisasi yang berdisiplin. Kepimpinan dapat diserlahkan dalam diri setiap ahli terutamanya dalam ketika kecemasan.

Dalam Minggu Pengenalan Kelab bagi sesi akademik 2009/2010, setiap kelab dalam kolej telah diberi peluang untuk membuka pendaftaran kelab masing-masing serta menerangkan visi, misi, pencapaian serta aktiviti-aktiviti yang bakal dilakukan oleh kelab sepanjang semester.
Minggu Pengenalan Kelab di Kolej Ibrahim Yaakub telah berlangsung selama 2 hari pada 12 dan 13 Julai 2009 di foyer Kolej Ibrahim Yaakub. Pendaftaran yang telah berlangsung selama 2 hari telah berjaya mendapat sebanyak 80 orang ahli BSMM yang baru untuk sesi akademik yang baru, sekali lagi mencatatkan jumlah keahlian baru tertinggi selama penubuhan BSMM Detachment 88E.
Keahlian baru yang semakin meningkat setiap tahun menandakan tahap kesedaran yang tinggi di dalam diri setiap warga kolej akan keperluan ahli sukarela BSMM ketika kecemasan sama ada di dalam kolej, universiti mahupun di luar universiti.
Ahli-ahli di dalam BSMM Detachment 88E bukan sahaja akan mendapat pengetahuan pertolongan cemas malah dapat menyerlahkan sifat kepimpinan serta kemahiran-kemahiran pengurusan kelab yang lain.

“It is more than just being a first aider.”
Itulah yang dipercayai oleh setiap ahli BSMM Detachment 88E dan diharap ini dapat ditanam dalam diri setiap ahli BSMM yang baru.

No comments:
Post a Comment